Monday, July 04, 2016

Article on Road Safety from the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) for this festive holidays

Down below is a post from Mr.Yusof Ghani from the Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia  or the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS). It is in Bahasa Malaysia. I shall try to give you folks out there the gist of it in English. If you understand Bahasa Malaysia better, you can read the whole test below.

"Patience can help avoid road tragedies.


Road tragedies are usually tied up with the festive season here in Malaysia.

Every year, during the two weeks of Hari Raya Puasa festivities about 280 deaths have been recorded on average. 

Many of these accidents and loss of life can be avoided without blaming fate and destiny.

This is because 94% of road accidents are caused by human error - 1980 road accident research paper by Sabey dan Taylor

More people use the roads during festive holidays increasing the chances of an accident occuring.

We HAVE to be smart drivers or road users.

We HAVE to be patient drivers or road users. There should be a high level of patience in drivers at all times and not only during festive season.

Patience can be translated to obeying the traffic rules and regulations - like wearing your seat belt, not cutting queues, signalling, adhering to the speed limit and more. (If you do all of this you are a patient driver and a CONSIDERATE driver).

You also have to be smart in reading the road conditions. Like if it is wet, it could be slippery. One should always take extra precaution and not be impatient and speed.

Speeding is also a sign of having lack of patience. If you speed and tailgate because you are impatient and the car if front of you is going slowly, you may cause an accident if the car in front brakes and you cannot slow down in time. If you are doing 100kmh, you have to have at least 50 meters of clear space between you and the car in front to stop safely. If you are doing 60kmh, you need to have at least 30 meters of space. 

And don't ever use the emergency lane. It is there for emergencies. An ambulance may need to use it. Not you. "

Most of you Malaysian muslims have been fasting for a whole month which supposedly teaches you about pain and also patience. Why aren't you patient on the roads then? This is part of the lessons you are supposed to learn during the fasting month. Be patient.


Bersabar mampu elakkan nahas di jalan raya

Musim perayaan di Malaysia sering dikaitkan dengan nahas jalan raya. Memang

menyayatkan hati apabila kepulangan orang tersayang yang dinanti, sebaliknya yang tiba di

halaman rumah ialah van jenazah.

Saban tahun, untuk tempoh dua minggu musim perayaan Aidil Fitri, kematian yang

dicatatkan sehingga mencecah 280 nyawa. Ini adalah satu angka yang amat tinggi dan,

dalam banyak keadaan, kemalangan boleh dielakkan tanpa menyalahkan takdir semata-

Walaupun faktor persekitaran jalan raya dan kenderaan turut menyumbang kepada

kemalangan, faktor utama tetap bergantung kepada individu yang mengendalikan

kenderaan. Penyelidik keselamatan jalan raya Sabey dan Taylor merumuskan pada 1980

bahawa 94% daripada punca kemalangan melibatkan faktor manusia.

Memandangkan jalan raya semasa musim perayaan dipenuhi kenderaan, terutamanya

untuk perjalanan jauh, kemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan adalah lebih tinggi

berbanding dengan hari biasa. Oleh itu, setiap pengguna jalan sama ada penunggang

motosikal atau kereta, hendaklah bertanggapan bahawa risiko menggunakan jalan raya

adalah lebih tinggi pada musim perayaan.

Secara umumnya, kemalangan boleh dielakkan jika setiap pengguna jalan raya

mempertingkatkan tahap kesabaran serta bertolak-ansur, selain daripada bertawakal, sama

ada pada masa musim perayaan ataupun pada hari biasa.

Sikap ini boleh diterjemah dalam berapa sikap terpuji seperti mematuhi hadlaju yang

ditetapkan, tidak memandu secara merbahaya seperti mengekori rapat dan menukar lorong

sesuka hati, tidak memotong pada garisan berkembar, tidak memotong barisan, tidak

menggunakan lorong kecemasan, memakai topi keledar secara betul, memakai talipinggang

keledar, memakaikan alat pengekang untuk kanak-kanak (contohnya, kerusi keselamatan),

mengelakkan diri dari menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memandu ketika

berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat, tidak memandu dalam keadaan mengantuk

dan letih, dan lain-lain.

Selain itu, pengguna jalan yang bijak juga mesti tahu membaca risiko kerana kebolehan

untuk membaca risiko akan membantu pemandu atau penunggang untuk mengambil

tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Contohnya, risiko kemalangan

adalah lebih tinggi ketika jalan licin atau hujan dan gelap.

Bagaimana pun, artikel ini menekankan kepada sikap sabar dan beberapa perkara yang

boleh dipraktikkan untuk keselamatan yang optima. Bukankah sebulan berpuasa mendidik

kita untuk menjadi orang yang sabar?

Pengguna jalan yang sabar pastinnya tidak memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa impak kemalangan adalah bergantung kepada

kelajuan. Kelajuaan sewaktu pelanggaran akan membezakan sama ada ia membawa kepada

kemalangan maut, kecederaan serius atau pun kecederaan ringan. Pada kelajuan tinggi,

sekiranya ada objek pada laluan seperti kenderaan rosak, pemandu akan terlewat untuk

bertindak, manakala kenderaan pula akan memerlukan jarak yang lebih jauh untuk berhenti.

Sekiranya berlaku pelanggaran, sudah tentulah impaknya adalah lebih besar.

Pemandu yang sabar juga tidak akan mengekori kenderaan hadapan pada jarak dekat dalam

kelajuan yang tinggi. Sikap pemandu yang suka ‘mencucuk’ atau ‘tailgate’ ini merupakan

satu sikap yang amat kurang bijak kerana ia meletakkan pemandu dan penumpang pada

risiko yang amat tinggi semasa melakukannya. Bayangkan anda ‘mencucuk’ kenderaan

depan pada kelajuan 110km/j hanya pada jarak kurang dari satu kenderaan, apakah akan

terjadi sekiranya kenderaan di hadapan terpaksa membrek secara mengejut atas sebab-

sebab tertentu?

Kerapkali kemalangan di lebuh raya melibatkan banyak kenderaan sekaligus, dan ini

biasanya disebabkan mereka saling mengekori rapat di antara satu sama lain pada kelajuan

tinggi. Oleh itu, jarakkan kenderaan anda dengan mempraktikkan apa yang dipanggil jarak

‘two-second rule’ yang dipelajari di sekolah memandu. Ketika jalan basah, tingkatkan

daripada 2-saat ini kepada 3 saat atau lebih, selain daripada memperlahankan kenderaan,

bagi membolehkan anda berhenti atau mengelak dalam keadaan kecemasan.

Di negara Jerman, pemandu di lebuhraya digalakkan menggunakan formula ‘kelajuan di

bahagi dua’ untuk menentukan jarak selamat mengekori kenderaan hadapan. Katakan anda

memandu pada jarak 100km/j, maka jarak selamat untuk mengekori kenderaan hadapan

ialah 50 meter, dan sekiranya ada memandu pada 60km/j, maka ruang 30 meter mesti

dikosongkan antara kenderaan anda dengan kenderaan yang diekori.

Pengguna jalan yang bersikap sabar juga tidak akan melakukan perkara yang menyalahi

undang-undang seperti menggunakan lorong kecemasan. Mungkin masih jelas dalam

ingatkan kita peristiwa bagaimana paramedik gagal untuk menyelamatkan nyawa dua adik

beradik yang mengalami kemalangan di lebuh raya kerana ambulan tersekat pada lorong kecemasan.

‘Madrasah Ramadan’ bukan sahaja mengajar kita soal agama, tetapi meliputi akhlak kita secara meluas, termasuklah di jalan raya. Oleh itu, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kita tidak mampu memanifestasikan menjaga akhlak yang baik walaupun sudah sebulan berpuasa. Ini bukan sahaja boleh mengancam nyawa kita dan ahli keluarga sendiri, malahan mereka yang tidak berdosa.

Oleh itu, bersabarlah di jalan raya terutamanya apabila berlaku kesesakan yang teruk.

Elakkan nahas hanya kerana kegagalan kita untuk bersabar dan bertolak ansur sehingga

membahayakan nyawa sendiri dan orang lain

Yusof Ghani

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

No comments: